Khamis, 22 Oktober 2009

perlu ke rushing buat pasport Malaysia Antarabangsa




Aku pilih hari untuk start blogging sebab aku dah letih tengok orang ramai beratur kat Bangunan Persekutuan Batu Pahat untuk ambil nombor giliran bagi tujuan buat Pasport Malaysia di Pejabat Imigresen.


Perkara ni bermula sejak bulan puasa yang lepas. Ramai orang yang tanya, " bang, bila pasport nak turun harga?" Aku dah jem dah,. Bila masa pulak keluar arahan Pasport ada diskaun?!


Entah macammana nak jadi cerita 01.10.2009 tarikh yang ditunggu pun tiba. Doa orang ramai dah makbul, tapi bukannya diskaun harga pasport. Jabatan Imigresen telah mengeluarkan produk yang satu lagi iaitu Pasport Malaysia untuk tempoh dua tahun dengan harga RM100.00.


Implikasinya berderet orang beratur nak buat pasport sementara tengah murah! (Sapa cakap, aku pun tak tahu). Yang aku pelik entah pakcik makcik dari mana-mana pun datang buat pasport. Member aku kat Bhg. Pasport cerita bila ditanya nak pi mana? Wak-wak, aso-aso, aci-aci dan pakcik-makcik ni jawab tengoklah kalu ada rezeki nanti boleh jalan-jalan! Yarabbiii.... buat pasport tapi tak tau nak pegi mana. Dah macam audition RAja Lawak ( my fave prgrm).


Conclusion nya rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia dah makin maju macam jiran kita, telatah kiasu yang telah meratah segenap bangsa 1Malaysia tanpa mengira kaum Jawa, Banjar, Bugis, Teochew, Hakka, ataupun India mahupun Sikh. Ternyata maklumat dikala ini telah menjadi perkasa sepenuhnya.


Aku yang buta I.T inipun terpanggil untuk menyampaikan sekelumit bicara walaupun umur terlalu hijau dalam bidang blog ini.


Bukan ingin dikira berapa ramai pengikut mahupun pembaca tetapi rencah walau sedikit tetap berperisa.


Sahabat-sahabatku dibarisan hadapan yang sering terpinggir dek penyerlahan PDRM, Kastam dan APMM, aku menyeru kuatkan azam, tingkatkan kesabaran tapi jangan sesekali berdiam diri jika diancam. Biarpun tiada berita didada akhbar, jika ada yang kecil diperbesarkan, yang penting dipinggirkan. Namun kita tetap memberi perkhidmatan terbaik. Walau diuji dengan berbagai berita, fitnah, TOHMAHAN, namun harus diingat Perlembagaan Persekutuan Didukung, Sosial Kontrak dijaga, Perjanjian asas sejarah sentiasa diwar-warkan dan jangan pula biarkan ianya tercela.


Hidup I.O. Hidup Tambak Johor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan